Thursday, July 7, 2011

Pembacaan surah Al-Fatihah di dalam sembahyang

Soalan : 
1. Saya ingin bertanya mengenai pembacaan surah Al-Fatihah di dalam sembahyang bagi sembahyang berjemaah. Semasa berkursus haji di Rantau Panjang, Klang baru-baru ini, penceramah yg bertanggungjawab ada memberitahu semasa sembahyang berjemaah, pembacaan Al-Fatihah makmum adalah ditanggung oleh imam dan makmum dibolehkan untuk tidak membaca Al-Fatihah sebaliknya hanya mendengar pembacaan imam. Adakah ini benar?
2. Semasa sembahyang berjemaah, di waktu bila makmum dibolehkan untuk mula membaca surah Al-Fatihah? Adakah mesti selepas imam habis membaca Al-Fatihah atau dibolehkan makmum membaca Fatihah semasa imam sedang membaca Fatihah dengan syarat tidak mendahului pembacaan imam.
   
 3. Adakah seorang makmum wajib untuk menghabiskan bacaan surah Al-Fatihahnya di mana jikalau dia tidak masbu’ (terlewat)?. Bagaimana jika imam sudah rukuk tetapi bacaan Fatihah makmum belum selesai?. Adakah makmum dibolehkan untuk terus rukuk tanpa pelrlu menghabiskan bacaan Fatihahnya atau wajib untuk menghabiskan bacaan Fatihahnya kemudian baru rukuk?. Kerana kita selalu berhadapan dengan keadaan di mana imam membaca surah yang pendek seperti surah Al-Ikhlas contohnya semasa rakaat kedua di dalam sembahyang tarawih.
   
 4. Pada waktu bila rakaat seorang makmum dikira?. Adakah semasa dia rukuk bersama imam atau semasa sujud?.
 
   Di harap pihak tuan dapat memberikan penjelasan terhadap soalan-soalan yang dikemukan . Terima kasih. Assalammualaikum 
  

 Jawapan :
 1. Tidak benar kerana membaca fatihah adalah rukun dalam solat makmun mestilah membaca fatihah agar solat yang dilaksanakan itu sah.
   
 2. Kedua-dua keadaan yang disebutkan dibolehkan.
 
 3. Ya, makmun wajib habiskan bacaan fatihahnya walaupun imam sudah rukuk. Makmun hendaklahmenghabiskan bacaan fatihah ketika imam membaca fatihah bagi mengelakkkan makmun tidak sempat habis fatihahnya sewaktu imam rukuk.
   
 4. Rakaat makmun dikira apabila makmun sempat rukuk dan tama’ninah bersama imam.

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Info Solat : Membaca Surah Al-Fatihah


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Membaca surah al-Fatihah merupakan sifat solat Nabi s.a.w. berdasarkan hadis-hadis berikut. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

  • "Tidak sah solat bagi mereka yang tidak membaca al-Fatihah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • "Tidak sah solat yang tidak dibaca padanya al-Fatihah." (Riwayat Ibn Khuzaimah)
  • "Sesiapa yang bersolat, lalu tidak dibaca padanya al-Fatihah, maka solatnya adalah cacat (tipu), solatnya adalah cacat, solatnya adalah cacat." (Riwayat Muslim dan Ashab al-Sunan)
     Majoriti mazhab mengatakan bahawa membaca al-Fatihah ialah rukun solat. Sesiapa yang meninggalkanya secara sengaja, maka batal solatnya. Sesiapa yang terlupa membacanya dan teringat sebelum sampai kepada rakaat selepas itu, wajib untuknya mengulang qiyam (berdiri) dan membaca al-Fatihah. Sekiranya sudah memasuki rakaat lain, maka terhapus rakaat tadi dan perlulah menambah rakaat yang lain. (Atiyyah Saqar, al-Fatawa, hlm.1, jld.569)
     Bagi mereka yang tidak mampu membaca al-Fatihah bolehlah mereka membaca mana-mana ayat daripada al-Quran yang diingatinya, berdasarkan kepada dalil firman Allah s.w.t yang bermaksud: " Oleh sebab itu, bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya daripada al-Quran (dalam sembayang)". (Surah al-Muzammil 73: 20) (Mughni al-Muhtaj, jil.1 hlm. 218; al-Mughni, jil.2 hlm.38)

Membaca Isti'azah  (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم )

     Dalil bagi memulakan bacaan isti'azah ialah berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: " Dan apabila kamu ingin membaca al-Quran, maka berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam." (Surah al-Nahl 16: 98)
     Sunat membaca isti'azah sebelum membaca al-Fatihah menurut jumhur mazhab termasuk al-Syafi'i. Menurut Ibn Hajar, bacaan isti'azah ini hanya elok dibaca pada rakaat pertama yang mempunyai doa iftitah kerana masyhurnya dalam riwayat hadis, ia disebutkan selepas iftitah. (Al-Mughni, jil.2, hlm. 24; Talkhis al-khabir,jil.1, hlm.564)
     Kebanyakan hadis-hadis berkenaan isti'azah ini diperdebatkan dalam kalangan ulama hadis. Demikian ditegaskan oleh Imam al-Tirmizi.

Sumber :   
  • Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman, Formula Solat Sempurna, terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.
  • Majalah solusi isu no. 32, hlm 9.



Friday, July 1, 2011

DARI 'TUAN BERTANYA DR DANIAL MENJAWAB'.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..


Islam Bermula di Bumi Arab. Adakah Ini Bermakna 

Agama Islam Hanya Untuk Orang-orang Arab?



Pendapat ini adalah salah. Nabi Muhammad sebenarnya diutus untuk membawa kesejahteraan dan rahmat bagi
seluruh alam. Inilah konsep keuniversalan Islam. Hal ini dinyatakan Allah dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud, “Tidak Kami utus kamu melainkan sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam”.



Dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, “Allah menjadikan Muhammad sebagai rahmat bagi seluruh alam. Maksudnya, Allah mengutus baginda sebagai rahmat bagi mereka (manusia) semua”.



Risalah yang dibawa oleh Nabi adalah universal justeru sesuai bagi setiap golongan masyarakat. Ia tidak diturunkan khusus untuk sesuatu bangsa atau kelompok tertentu. Orang-orang Arab tidak boleh mendakwa bahawa risalah Islam adalah milik mereka secara mutlak walaupun Nabi berbangsa Arab.



Penegasan yang lebih kurang sama dinyatakan Allah dalam surah Saba ayat 28 yang bermaksud, “Dan Kami tidak mengutus kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.



Berhubung dengan ayat ini, Imam Qatadah berkata, “Allah telah mengutus Nabi Muhammad kepada golongan Arab dan Ajam (bukan Arab)”. Hal ini dilaporkan dalam Tafsir al-Quran al-Azim oleh Ibn Kathir.



Dalam sebuah riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda, “Aku telah dikurniakan Allah dengan lima perkara yang tidak dikurniakan kepada Nabi-Nabi yang lain: aku dibantu dengan ketakutan yang dirasai musuh sejauh sebulan perjalanan; dijadikan bumi sebagai masjid dan tempat yang suci bagiku justeru seseorang dari umatku boleh terus
bersolat di atas bumi ketika masuk waktu solat; dihalalkan bagiku harta rampasan perang sedangkan sebelum ini ia tidak dihalalkan; dikurniakan kepadaku syafaat dan setiap Nabi diutus kepada kaumnya yang khusus sedangkan aku diutus kepada manusia sejagat”.     



Jumlah umat Islam di dunia hari ini sudah mencecah 1.57 bilion, mengikut satu kajian demografi yang
dilakukan pada tahun 2009. Ini bermakna 23% daripada penduduk dunia adalah Muslim. Fakta ini dilaporkan di en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_Muslim_population. Daripada jumlah itu, hanya lebih kurang 20% daripadanya terdiri daripada orang-orang Arab, seperti yang dilaporkanMuslim Voices di muslimvoices.org/muslims-arabs.



Pecahan umat Islam mengikut beberapa buah negara, seperti yang dilaporkan Pew Report 2009, ialah:



Indonesia : 202,867,000.

Pakistan : 174,082,000.

India : 160,945,000.

Bangladesh : 145,312,000.

China : 21,667,000.

Russia : 16,482,000.

Sierra Leone : 4,059,000.

Jerman : 4,026,000.

Perancis : 3,554,000.

USA : 2,454,000.

UK : 1,647,000.


Justeru, agama Islam bukan hanya untuk orang Arab. Ia
agama universal kerana Islam didatangkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.


TIPS MENJADI ANAK SOLEH =)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt..

Untuk semua =)

Tips menjadi anak soleh...

1. Sentiasa bermanis muka apabila bercakap atau memandang wajah ibu bapa Rita.

2. Selalu 'meringankan tulang' untuk membantu ibu bapa dalam kerja-kerja yang mudah di rumah.

3. Membuat sesuatu kerja yang sepatutnya kita kerjakan tanpa periu disuruh atau diarah oleh ibu bapa kita.

4. Jangan merungut atau mem-bantah di atas segala arahan atau suruhan ibu bapa kita.

5. Sentiasa mendoakan keampu-nan dan kesejahteraan untuk kedua ibu bapa kita terutama sekali selepas solat fardhu.

6. Amalkan budaya salam dan mencium tangan kedua-dua ibu bapa sewaktu hendak keluar atau masuk ke dalam rumah.

7. Memohon kemaafan daripada ibu bapa setelah kita metakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan.

8. Mengucap salam dan memohon ampun daripada ibu bapa sebelum kita tidur malam hari.

9. Tunduk dan bersopan sebagai tanda hormat apabila berjalan di hadapan ibu bapa.

10. Bercakap dengan lemah lembut, tidak berkasar serta tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa.

11. Sewaktu makan, biarlah ibu bapa kita yang menjamah makanan terlebih dahulu.

12. Jangan selalu meminta-minta daripada ibu bapa terutama sekali sesuatu perkara atau benda yang tidak perlu ataupun yang tidak munasabah.

13. Sentiasa redha, bersyukur dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap setiap pemberian daripada ibu bapa.

14. Belajar dengan tekun dan ber-sungguh-sungguh seterusnya berjaya dalam pelajaran sebagai suatu hadiah istimewa daripada kita untuk ibu bapa tersayang.

15. Sentiasa bersikap jujur dan tidak bercakap bohong dengan ibu bapa kita dalam setiap perkara walaupun kita yang bersalah.

16. Sentiasa membiasakan lidah kita untuk mengucapkan 'terima kasih' di atas segala pemberian dan nasihat daripada ibu bapa kita.

17. Sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita sama ada dengan perkataan, perbuatan mahupun sikap kita.

18. Sentiasa patuh kepada perintah Allah S.W.T dengan tidak me-ninggalkan solat kerana anak yang soleh juga merupakan anak yang taat pada perintah Allah S.W.T.

Sumber :  http://www.facebook.com/note.php?note_id=214544531905136     ( Imam Muda Mohd Taufek Mohd Noh)

Terapi Penafasan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt..

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS)

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ? 
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?). 

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ). 
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") . 

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh . 
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone). 

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin . 
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily). 

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah . 
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily). 

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat. 
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly) 

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa . 
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults). 

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh . 
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured). 

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.. 
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) . 

Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ? 
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) . 
 
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang. 
( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition)


Semoga sangat bermanfaat buat kawan² semua..

Sumber : www.halaqah.net