Bismillahirrahmaanirrahim...
Assalamu'alaikum wbt...
Siapakah sahabat2 kita sebenarnya?? adakah kita mengenali
mereka secara mendalam atau sekadar luaran sahaja? Ramai yang tidak
mementingkan siapakah shabat dalam erti kata sebenarnya. Asalkan ada org yang
ingin bersahabat , maka kita dengan murah hati menerimanya.
Dalam memilih sahabat, digalakkan supaya memilih sahabat yg
benar2 boleh membimbing kita ke jalan yang lurus bukan sahabat yang menjerumus
ke arah kejahatan.
Rasullulah s.a.w
mengingatkan dalam hadis oleh At-tirmizi katanya : "Seseorang itu akan
mudah terpengaruh dengan temannya, Maka hendaklah kamu memilih siapa yang harus
dijadikan teman".
Menerusi Hadis Al-Bukhari dan Muslim yang mengatakan
Rasullulah juga berpesan" Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak
baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian
sama ada dia memberinya sedikit atau kamu membelinya sedikit atau kamu dapat
mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala, tukang besi, sama ada dia
membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang
busuk."
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim..Rasulullah s.a.w menyenaraikan tujuh golonggan yang mendapat
perlindungn Allah pada hari di mana tidak akan ada perlindungan melainkan
dengan perlindunganNYA, iaitu salah satunya ialah dua lelaki bersahabat yang
saling mencintai kerana Allah Taala. Mereka bertemu dan berpisah hanya
kerana-NYA. Jadi pilihla sahabat yang boleh mengajak kita dan sama-sama
mendorong ke arah kebaikan dan bukan kejahatan atau kemungkaran. Insya-Allahu
TAala persahabat itu akan dirahmati oleh Allah.
Kesukaran dalam memilih sahabat pernah disuarakan oleh
Saydina Ali melalui kata-kata hikmahnya iaitu " seseorang yang mempunyai
1000 kawan sukar mendapat seorang pun sahabat yang setia apabila dia benar2
memerlukan tetapi...jika dia mempunyai seorang musuh, dia akan mendapati musuh
itu ada di mana2."
Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulumuddin (bimbingan
Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih
sahabat. Katanya, "Wahai anakku! kiranya engkau berasa perlu bersahabat
dengan seseorang hendaklah engkau memilih org yg sifatnya seperti berikut :-
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan
persahabatan dengannya dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan, misalnya dari segi
kewangan, dia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia
akan menerima dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu,
dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia
akn menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan
mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia
akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu..dia akan
meringankan kesusahanmu (melakukan sesuatu untuk menghilangkan kesusahan
tersebut)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan
membenarkanmu
11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan
membantumu.
12. Jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang
mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Kesilapan dalam memilih sahabat bukan sahaja memawa kita ke
lembah kehinaan malah apabila kita memerlukannya pada waktu yang amat sukar,
sudah pasti dia akan menjauhkan diri daripada kita.
Ikuti dan contohilah sahabat Rasulullah S.a.w dalam
bersahabat. Mereka saling mengasihi kerana Allah Taala. Bertemu dan berpisah
hanya keranaNYA. Tiada apa yang lebih bermaknadaripada sahabat sejati. Mereka
mendahulukan sahabat yang dalam kesusahan melebihi diri sendiri.
Islam telah mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj yang
terdiri daripada penduduk asal Madinah. Begitu juga mempersaudarakan kaum
Muhajirin (penduduk asal Mekah yang berhijrah ke Madinah) dan Ansor ( Aus dan
Khazraj)sehingga ada dikalangan sahabat dari golongan Ansar yang sanggup
menawarkan harta kepada para sahabat dari golongan Muhajirin.
Demikianlah hakikat persahabatan dan ukhuwah dalam islam..