Monday, October 15, 2012

KISAH BERTUDUNG LABUH.. :')


Bismillahirrahmaanirrahim...
Assalamu'alaikum wbt...



Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah.

Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang pe
lajar semester 1, terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan memaksa aku untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah, menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi muslimah yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar usrah.

Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup aurat ala kadar sahaja. Pernah terdetik ingin menggunakan tudung labuh suatu masa dulu tapi kerana ingin ikut trend shawl, pashmina ala hana tajima, niat itu terkubur.

Balik dari solat berjemaah malam itu, aku berazam suatu hari nanti aku pasti akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. Dan sungguh, betul lah orang kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true!

Seperti rancangan Allah yang Maha Bijaksana, setiap hari Jumaat aku akan ‘ stayout ‘ ke rumah kakak ku berdekatan IPTA. Sambil mengisi masa cutiku bersama anak buah yang baru dilahirkan, aku dapat menjimatkan belanja. Sambil menyelam, minum air. Hehe. Tapi itu bukan lah persoalannya. Kakak ku seorang muslimah yang juga menggunakan tudung labuh. Suatu hari, dia keluar bersama suaminya untuk membeli barang dapur dan meminta aku untuk menjaga anaknya. Semasa sedang menidurkan anak kecil itu, mataku terpana pada sehelai tudung labuh hijau milik kakak ku yang tergantung di penjuru biliknya. Selesai sahaja anak buahku tidur, aku ambil tudung labuh itu dan memakainya. Aku melihat di depan cermin. Subhanallah. Aku melihat diriku sangat perlukan tudung ini sebagai pelindung. Aku terkedu lalu menangis. Ya Allah, kalau inilah yang Engkau rancangkan untukku, permudahkanlah langkah ku dalam perjalanan menjadi seorang muslimah sejati kelak. Aminnnn!

Secara jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi aku ingin menjadi baik dengan izinNya pasti. Selepas kesedaran itu, setiap hari yang aku lalui seperti mengajak ku untuk yakin menggunakan tudung labuh itu. Aku log in account Facebook ku, 1st status yang aku lihat berkenaan wanita yang solehah. Ia makin menguatkan aku untuk teruskan niat suci ini.

Aku teruskan pencarian artikel tentang aurat, wanita solehah dan khususnya tips permulaan untuk menggunakan tudung labuh. Keyakinan ku bertambah dengan sebuah hadis yang mengatakan, seorang ayah boleh menjadi lelaki dayus sekiranya melihat saja anaknya tidak menutup aurat, something like that. Aku terkedu. Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku terpaksa undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu. Aku tidak sanggup. Aku mahu dia merasakan nikmat JannahMu dengan amalan dan redhaMu. Aminn!

Dengan keyakinan dan pertolongan Allah, aku kuatkan diri juga menggunakan tudung labuh untuk pertama kalinya. Pada masa itu ialah hari pertama peperiksaan akhir semester 1. Banyak yang bermain di fikiran tapi semua berjaya aku hadapi dengan mengingati Allah SWT sahaja. Ada yang menyindir, memuji, tidak kurang juga yang memandang serong. Namun aku kuatkan diri juga, kerana aku tahu hari itu akan berlalu tapi tidak azab yang menanti di sana. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah untuk kekuatan ini.

Hari kedua menggunakannya, aku semakin selesa. Seorang kawanku bertanya, kalau-kalau aku berasa panas dengan stoking tangan dan kaki. Ingin aku katakan, azab di sana lagi panas tiada lawannya, namun demi menjaga hatinya aku simpankan sahaja di dalam hati. Aku hanya tersenyum dan berdoa, semoga kelak dia juga mendapat hidayah yang manis ini, aminn.

Dulu sebelum menggunakan tudung labuh, aku hanya solat fardhu sahaja, dan kadang-kadang tertinggal solat Subuh. Alhamdulillah, tudung ini sangat memberi inspirasi untuk sesuaikan penampilan dengan ibadah. Aku mula mencari artikel tentang solat sunat, zikir-zikir, menghafal doa iftitah semula, puasa yang sunat boleh dilakukan. Dan aku mula berjinak-jinak dengan dakwah di FB, twitter dan juga blog khususnya. Walaupun bukan berilmu sangat, aku tertarik dengan ayat ini, ‘’ sampaikanlah walau sepotong ayat ’’ dan juga ‘’ bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu ‘’ . Aku pegang kata-kata ini, dakwah itu amanah. Walaupun sering di ejek oleh kawan-kawan di FB, aku ambil sebagai pembakar semangat sahaja. Aku Cuma tidak ingin dipersoalkan di akhirat kelak.

P/s : Kisah ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin mengatakan diri ini sudah cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah dirancangkan Allah SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan Jannah. Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri dengan Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu sahabatku. Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik kita kelak. Aminn. Doakan saya kuat dalam beristiqamah.


Wahai Nabi! Katatakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Surah Al-ahzab, ayat 59)



#Islam Iman Ihsan#

Tolong, Tolong dan Tolong !!!!!


Bismillahirrahmaanirrahim...
Assalamu'alaikum wbt...

Tolong, Tolong dan Tolong!!!!

Tolong jangan mengambil kesempatan atas kelembutan kami kaum Hawa
Tolong jangan adukan kepada kami mengenai masalah anda
Tolong jangan cuba menguji kami
Tolong jangan telefon kami jika tiada hal yang betul-betul penting dan segera

Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya khabar
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya "Buat apa tu?"
Tolong jangan puji kami dengan puji-pujian yang boleh membuatkan kami lalai hatta puji-pujian itu adalah kata-kata yang baik, contohnya, "Awak ni baiklah, awak ni solehahlah..."
Tolong jangan tengok kami dengan pandangan yang pelik
Tolong jangan ambil gambar kami, apatah lagi secara curi-curi
Tolong jangan tengok mata kami saat bercakap dengan kami
Tolong tegaskan suara anda ketika bercakap dengan kami
Tolong jangan biarkan kami terbuai dengan bicara yang berlarutan yang tiada arah tujunya

Kerana kami juga insan yang sangat lemah
Kerana kami juga insan yang mudah tersentuh
Kerana kami juga insan yang sukar untuk menolak permintaan orang, apatah lagi daripada kaummu wahai Adam ...kerana itu fitrah
Kerana kami juga insan yang sangat mudah untuk terleka
Kerana kami juga insan yang sangat lemah dengan puji-pujian
Kerana kami dah cuba untuk menahan pandangan
Kerana kami juga kadang-kadang lalai



Sebaliknya,

Anda boleh adukan masalah anda kepada yang sesama jantina anda
Anda boleh menghantar mesej sahaja jika perkara yang ingin diberitakan itu tidak diperlukan dengan segera dan penting serta pastikan mesej itu tidak meleret-leret!
Anda boleh bertanya khabar mereka yang sejantina dengan anda, bukankah itu lebih manis dan meningkatkan nilai ukhuwah yang dituntut?
Anda boleh meluahkan rasa tidak puas hati itu kepada yang lebih berhak (Allah), Dia akan sentiasa menjadi pendengar yang baik, bahkan insya-Allah akan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik
Anda boleh memberi puji-pujian itu kepada yang lebih berhak (Allah) atau jika nak diluahkan kepada manusia juga, mungkin boleh diluahkan kepada ibu anda, kakak anda, adik anda, guru anda dan sahabat sejantina anda, atau nak lagi baik? Luahkan kepada isteri anda yang sah kelak. Itu yang terbaik

Bantulah kami
Kami juga mahu menjaga hati dan iman kami
Kami tahu, anda juga bukanlah malaikat yang boleh manahan segala asakan syaitan itu
Tapi, berusahalah!
Ketika kami terlupa, ingatkanlah kami dengan berhikmah
Ketika kami lupa untuk menundukkan pandangan, janganlah engkau turut sama melayannya
Tapi, tundukkanlah pandanganmu terlebih dahulu
Maka, mengertilah kami... (insya-Allah)
Ketika kami terlupa untuk menegaskan suara, janganlah Engkau turut terbawa-bawa dengannya
Tegaskanlah suaramu!
Insya-Allah hati yang ditarbiah akan menyedarinya untuk turut sama menegaskan suara

LELAKI YANG SOLEH ITU MEMIMPIN, BUKAN MELAYAN!




#I ♥ ISLAM#

TAHU TAK ?????


Bismillahirrahmaanirrahim...
Assalamu'alaikum wbt...


Tahu Tak?

Tahu tak? Tahu tak, Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar.
Tahu tak, Nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki.
Tahu tak, Nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk.
Tahu tak, Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih di tangan baginda.
Tahu tak, jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi. 







Monday, May 21, 2012

Sahabat Yang Baik Ibarat Wangian


Bismillahirrahmaanirrahim...
Assalamu'alaikum wbt...


Siapakah sahabat2 kita sebenarnya?? adakah kita mengenali mereka secara mendalam atau sekadar luaran sahaja? Ramai yang tidak mementingkan siapakah shabat dalam erti kata sebenarnya. Asalkan ada org yang ingin bersahabat , maka kita dengan murah hati menerimanya.

Dalam memilih sahabat, digalakkan supaya memilih sahabat yg benar2 boleh membimbing kita ke jalan yang lurus bukan sahabat yang menjerumus ke arah kejahatan.



Rasullulah s.a.w mengingatkan dalam hadis oleh At-tirmizi katanya : "Seseorang itu akan mudah terpengaruh dengan temannya, Maka hendaklah kamu memilih siapa yang harus dijadikan teman".

Menerusi Hadis Al-Bukhari dan Muslim yang mengatakan Rasullulah juga berpesan" Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian sama ada dia memberinya sedikit atau kamu membelinya sedikit atau kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala, tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..Rasulullah s.a.w menyenaraikan tujuh golonggan yang mendapat perlindungn Allah pada hari di mana tidak akan ada perlindungan melainkan dengan perlindunganNYA, iaitu salah satunya ialah dua lelaki bersahabat yang saling mencintai kerana Allah Taala. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana-NYA. Jadi pilihla sahabat yang boleh mengajak kita dan sama-sama mendorong ke arah kebaikan dan bukan kejahatan atau kemungkaran. Insya-Allahu TAala persahabat itu akan dirahmati oleh Allah.

Kesukaran dalam memilih sahabat pernah disuarakan oleh Saydina Ali melalui kata-kata hikmahnya iaitu " seseorang yang mempunyai 1000 kawan sukar mendapat seorang pun sahabat yang setia apabila dia benar2 memerlukan tetapi...jika dia mempunyai seorang musuh, dia akan mendapati musuh itu ada di mana2."

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulumuddin (bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat. Katanya, "Wahai anakku! kiranya engkau berasa perlu bersahabat dengan seseorang hendaklah engkau memilih org yg sifatnya seperti berikut :-

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan, misalnya dari segi kewangan, dia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akn menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu..dia akan meringankan kesusahanmu (melakukan sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
12. Jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kesilapan dalam memilih sahabat bukan sahaja memawa kita ke lembah kehinaan malah apabila kita memerlukannya pada waktu yang amat sukar, sudah pasti dia akan menjauhkan diri daripada kita.

Ikuti dan contohilah sahabat Rasulullah S.a.w dalam bersahabat. Mereka saling mengasihi kerana Allah Taala. Bertemu dan berpisah hanya keranaNYA. Tiada apa yang lebih bermaknadaripada sahabat sejati. Mereka mendahulukan sahabat yang dalam kesusahan melebihi diri sendiri.

Islam telah mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj yang terdiri daripada penduduk asal Madinah. Begitu juga mempersaudarakan kaum Muhajirin (penduduk asal Mekah yang berhijrah ke Madinah) dan Ansor ( Aus dan Khazraj)sehingga ada dikalangan sahabat dari golongan Ansar yang sanggup menawarkan harta kepada para sahabat dari golongan Muhajirin.

Demikianlah hakikat persahabatan dan ukhuwah dalam islam..



Tuesday, March 27, 2012

Langkah Mencintai Allah

Bismillahirrahmaanirrahim...
Assalamu'alaikum wbt..

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta yang hakiki yang  tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cita Allah lah yang layak dikejar.

Amalkan petua-petua berikut bagi merasai mencintai Allah.

  • Amalkan segala suruhan Allah dengan bersungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
  • Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa "tidak sedap hati" saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhi diri daripada maksiat.
  • Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa. 
  • Letakkan Allah sebagai Prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan. 
  • Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya. 
  • Reda atas segala ketentuan qadak dan qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
  • Renew. Sentiasalah perbaharui cinta Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirahat hanyalah di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.
  • Cintailah apa sahaja yang Allah dan bencilah apa jua yang dibenci-Nya.

DOA MOHON CINTA ALLAH

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ   (رواه الترمذي وقال حديث حسن)
“Ya Allah ya Tuhanku, aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah ya tuhanku, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai melebihi cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin.” ( HR. Tirmidzi no.3490, Hadits ini hasan )



ZERO - "Aku dan Cinta"



Sumber: solusi isu no.23 (tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)


Sunday, November 20, 2011

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
Huraian:
  1. Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
  2. Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
  3. Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Solat Dalam Keadaan Mengantuk

Diriwayatkan dari Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan).”
(al-Bukhari)
Huraian:
Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu’ dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur.
Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.
Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu’ semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.