1. “Ya Allah!” - Apabila dizikirkan 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. “Ya Rahman!” - Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. “Ya Rahim!” - Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. “Ya Malik!” - Apabila dizikirkan sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. “Ya Quddus!” - Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. “Ya Salam!” - Apabila dizikirkan sebanyak 136 kali, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. “Ya Mukmin!” -Apabila dizikirkan sebanyak 236 kali, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. “Ya Muhaimin!” - Apabila dizikirkan sebanyak 145 kali sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. “Ya ‘Aziz!” - Apabila dizikirkan sebanyak 40 kali sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10.”Ya Jabbar!” - Apabila dizikirkan sebanyak 226 kali pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.