Monday, May 21, 2012

Sahabat Yang Baik Ibarat Wangian


Bismillahirrahmaanirrahim...
Assalamu'alaikum wbt...


Siapakah sahabat2 kita sebenarnya?? adakah kita mengenali mereka secara mendalam atau sekadar luaran sahaja? Ramai yang tidak mementingkan siapakah shabat dalam erti kata sebenarnya. Asalkan ada org yang ingin bersahabat , maka kita dengan murah hati menerimanya.

Dalam memilih sahabat, digalakkan supaya memilih sahabat yg benar2 boleh membimbing kita ke jalan yang lurus bukan sahabat yang menjerumus ke arah kejahatan.



Rasullulah s.a.w mengingatkan dalam hadis oleh At-tirmizi katanya : "Seseorang itu akan mudah terpengaruh dengan temannya, Maka hendaklah kamu memilih siapa yang harus dijadikan teman".

Menerusi Hadis Al-Bukhari dan Muslim yang mengatakan Rasullulah juga berpesan" Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian sama ada dia memberinya sedikit atau kamu membelinya sedikit atau kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala, tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..Rasulullah s.a.w menyenaraikan tujuh golonggan yang mendapat perlindungn Allah pada hari di mana tidak akan ada perlindungan melainkan dengan perlindunganNYA, iaitu salah satunya ialah dua lelaki bersahabat yang saling mencintai kerana Allah Taala. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana-NYA. Jadi pilihla sahabat yang boleh mengajak kita dan sama-sama mendorong ke arah kebaikan dan bukan kejahatan atau kemungkaran. Insya-Allahu TAala persahabat itu akan dirahmati oleh Allah.

Kesukaran dalam memilih sahabat pernah disuarakan oleh Saydina Ali melalui kata-kata hikmahnya iaitu " seseorang yang mempunyai 1000 kawan sukar mendapat seorang pun sahabat yang setia apabila dia benar2 memerlukan tetapi...jika dia mempunyai seorang musuh, dia akan mendapati musuh itu ada di mana2."

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulumuddin (bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat. Katanya, "Wahai anakku! kiranya engkau berasa perlu bersahabat dengan seseorang hendaklah engkau memilih org yg sifatnya seperti berikut :-

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan, misalnya dari segi kewangan, dia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akn menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu..dia akan meringankan kesusahanmu (melakukan sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
12. Jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kesilapan dalam memilih sahabat bukan sahaja memawa kita ke lembah kehinaan malah apabila kita memerlukannya pada waktu yang amat sukar, sudah pasti dia akan menjauhkan diri daripada kita.

Ikuti dan contohilah sahabat Rasulullah S.a.w dalam bersahabat. Mereka saling mengasihi kerana Allah Taala. Bertemu dan berpisah hanya keranaNYA. Tiada apa yang lebih bermaknadaripada sahabat sejati. Mereka mendahulukan sahabat yang dalam kesusahan melebihi diri sendiri.

Islam telah mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj yang terdiri daripada penduduk asal Madinah. Begitu juga mempersaudarakan kaum Muhajirin (penduduk asal Mekah yang berhijrah ke Madinah) dan Ansor ( Aus dan Khazraj)sehingga ada dikalangan sahabat dari golongan Ansar yang sanggup menawarkan harta kepada para sahabat dari golongan Muhajirin.

Demikianlah hakikat persahabatan dan ukhuwah dalam islam..