Monday, May 30, 2011

Devotees - Mahar Cinta (Ketika Cinta Bertasbih) KCB





Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Saturday, May 28, 2011

Mutiara Kata

  • Orang yang punya harga diri yang tinggi tidak perlu dihargai. Jika kurang harga diri sentiasa suka dan perlu dipuji dan marah bila dikeji. Sama sama kita audit diri kita. BAhasa kita membayangkan akhlak kita. Jika kita mukmin sejati kita jaga bahasa supaya tidak menyinggung perasaan orang lain bila beri teguran.     ~Dr Muhaya Mohamad  ~
  • Perhiasan yg paling indah,bagi seorang abdi Allah,itulah ia wanita solehah,ia menghiasi dunia,aurat ditutup demi kehormatan,kitab A-lqur'an didaulahkan,suami mereka ditaatinya,akhlak mulia yang ia hadirkan,karana iman&juga islam,telah menjadi keyakinan,jiwaraga mampu dikorbankan,bagai sakuntum mawar yg tegar,di tengah gelombang kehidupan.     ~Mencari Mardhotillah (keredhaan Allah)~
  • Al-Zahra~"Tidak dibolehkan sesiapapun di antara kamu berdua-duaan dengan perempuan melainkan ada bersama-sama mahramnya(bapa atau keluarganya yang haramkan berkahwin dengannya)."[HR.Ahmad & Abu Daud].     ~JEHAD_FISABILILLAH~
  • Al-Zahra~"Apabila datang kepadamu seorang(lelaki) yang kamu berpuas hati di sudut agama dan akhlaqnya ,maka kahwinkanlah anakmu dengannya segera.Jika tidak berbuat demikian,nescaya timbul fitnah di muka bumi ini."[HR.al-Baihaqi].     ~JEHAD_FISABILILLAH~
  • ‎"Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi.."     ~CINTA ALLAH CINTA ABADI~
  • Jgn berbangga dgn pakaian jenama, kerna pakaian trakhir kita adlh KAIN KAFAN.. jgn bangga dgn kereta, kerana knderaan kita yg terakhir adlh KERANDA..jgn bngga dgn rumah dan istanamu kerna tempat peristirehatmu yg terakhir adlh KUBUR..jgn bangga dgn kecantikan dan ketampananmu kerna akhirnya hanya jd santapan cacing tanah.,sama2 kumpul bekalan moga jadi hamba kebanggaan Allah.     ~Mencari Mardhotillah (keredhaan Allah)~
  • Kami pindahkan do'a kami pada maya dunia. Kami merayuMU dengan rangkaian kata terindah. Namun kami lupa, betapa syahdunya saat harapan dalam dada kami terpilih dari sujud-sujud panjang pada keagunganMU yang Esa.
  • "Hikmah itu turun dari langit dan masuk kedalam semua hati, kecuali hati yang ada empat macam; Pertama, hati yang condong kepada dunia. Kedua, hati yang risau untuk hari esok. Ketiga, hati yang dengki kepada sesama. Keempat, hati yang senang pada pangkat dan kedudukan."    ~Yahya bin Muadz Arrazy~