Wednesday, March 30, 2011

Ketika Cinta

Bunga Bunga Cinta

Dalam Mihrab Cinta








Bantuan ALLAH


Abdullah bin Abbas melaporkan, " Pada suatu hari, saya menunggang binatang tunggangan bersama Nabi Muhammad. Saya duduk di belakang beliau. Kemudian, Nabi Muhammad berkata kepada saya, ' Wahai anak muda, saya ada beberapa pesanan untukmu. Jagalah hak Allah, nanti Allah menjagamu. Jagalah Allah, nanti saudara sentiasa merasakan Dia ada bersamamu. Apabila  saudara hendak meminta sesuatu, mintalah daripada Allah. Apabila saudara memerlukan pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah, walaupun semua manusia bersatu bagi memberikan perkara yang berfaedah kepadamu, saudara tidak mendapat faedah itu melainkan hal itu sudah ditulis oleh Allah. Walaupun semua manusia bersatu bagi memberikan apa yang buruk kepadamu, saudara tidak ditimpa keburukan itu melainkan hal itu sudah ditulis oleh Allah. Mata pena sudah diangkat, manakala buku cacatan sudah ditutup."

Tuesday, March 29, 2011

Keutamaan Cinta Kerana Allah

   Daripada  Abu Muslim al- Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a, ia berkata "Aku mendengar Rasullullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: ' Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."

   Abu Muslim menyambung "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan:

' Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: ' Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku. "Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."