Thursday, November 4, 2010

HATI SEORANG AYAH


Ayah…..
Satu nama yang terlalu ingin untuk ku panggil..bukan sekali aku menangis saat pemergianmu.setelah sekian lama,sehingga kini,kau masih dihati .tetap aku terus menangisi saat mengngatimu…lemahnya aku menerima takdirMU ya ALLAH….lemahnya aku…

Mengenang saat yang tidak mungkin akan berulang kembali..
Saat aku masih kecil, masihku ingat, ayah selalu membawa kami sekeluarga ke pantai pada setiap hari jumaat.  Gembiranya aku saat itu, sedang aku tidak tahu apa yang bakal terjadi dalam hidupku. Jika aku ke pantai yang sama, bagaikan terbayang khemah yang ayah bina sendiri menggukankan kanvas keras yang disangkut pada kereta lamanya berwarna putih bernombor plate KG 4738…bodohnya aku saat itu..egonya aku tika itu..aku langsung tidak menunjukkan kasihku pada ayah.dan aku tak pernah cuba mersai kasih yang ayah curahkan. Ketika di tadika, ayahlah yang menunggu saat hari pertamaku ditadika.walaupun  hanya sekejap, namun,kini baru kusedar bahawa itu juga adalah satu pengorbanan. Saat aku masuk ke darjah satu, ayah juga yang menunggu di luar kelas kerana aku akan menangis kalau ayah balik.itu juga satu pengorbanan..namun,saat itu aku tetap mengatakan ayah tidak menyayangiku.ayah tidak mengendahkanku.jahatnya aku…

Aku jatuh sakit..ayah cuba sedaya upaya mencarikan aku ubat yang terbaik untuk mengubatiku..dari dalam negeri hingga ke luar negeri..dari ubat moden hingga ke tradisional. Ayah cuba untuk menghantar aku ke sekolah.walaupun aku sudah tingkatan 3.ayah menunggu diluar kelas dengan sabar sehingga aku menyatakan bahawa aku ingin balik ke rumah.tabahnya ayah..tapi aku? Aku hanya pandai untuk merungut..aku detikkan dalam hati bahawa ayah tak pernah menymbang apa-apa untukku..kejamnya aku….ya ALLAH….

Sesuatu yang aku baru tahu dari mak, bahwa ayah selalu menangis kerana aku..kerana inginkan kesembuhanku.di belakangku..demi ALLAH..seumur hidupku,aku tak pernah lihat ayah menangis..aku selalu membuahkan kata dari hati yang tidak elok buat ayah.teruknya aku…

2minggu yang penuh dengan kenangan bagi setiap anak-anak ayah..apa yang aku lalui adalah kasih seorang ayah.ayah meletakkan dulang disisiku bersama kayu.aku tidak bangun saat itu. Ayah menyuruh aku mengetuk kayu pada dulang jika ingin ke tandas kerana ayah ingin berkebun di belakang rumah.baiknya ayah..setelah dua minggu selepas itu, ayah kembali ke rahmatullah…

Saat pemergian ayah, aku menangis…bukan sekali..berkali-kali.sehingga kini. Ketika aku mendapat keputusan PMR, aku menangis.aku tak mencapai yang terbaik untuk ayah. Tingkatan empat, aku lakarkan karya SAJAK BUAT AYAH…saat itu aku menangis di hadapan pentas saat membacakan sajak.malunya aku…tapi mengingatkan kembali,menangis jua pilihan aku. Rangkap SAJAKBUAT AYAH yang ku ingati,

Salah akukah
kerana terlalu egois dalam erti kasih?
Salah akukah
Kerana menjadi dictator dalam diriku?
Salah akukah
sehingga kasihmu dibawa jelinganku?
Salah aku kah?????????

Tingkatan 5, sebagai pengawas,aku pergi ke bilik kauseling untuk melihat kes seorang budak perempuan.ayahnya datang bersama..wajah anaknya bagai muka tak bersalah. Sedang ayahnya bagaikan ingin menangis disitu. Menangis sendirian aku .wajah seorang ayah itu kutatapi..sekali lagi aku tak dapat menahan diri dari menangis.  Kerana seorang ayah..

Aku dapat menyambung pelajaran ke matrikulasi..aku ingtkan ayah..aku menangis lagi.
22 julai ,setiap tahun akan sentiasa ku ingati..saat pemergianmu.
Wahai kakak..aku rasai kerinduanmu jua. Aku terjumpa cebisan kertas yang tertulis nukilan sajak buat ayah yang kau cipta..ku gubah menjadi lagu. Ku alunkan lagu itu sendirian .saat itu juga aku menangis dan mencapai Al Quran atau membaca Al Fatihah.rindunya aku seorang ayah..

Ke berdiri teguh,
Seteguh kasihku,
Seerat cintaku,
Seerat rinduku,
Ku masih disini, membelai harapan
Memori menyiksa,sebuah pemergian..

Ayah…anakmu ini mungkin tak dapat berbakti untukmu saat kau di dunia..namun, ayah, anakmu ini ingin sekali berbakti untukmu saat kau di sana. Anakmu ini ingin menjadi penyumbang bakti yang terbanyak buatmu. Semoga kenangan bersamamu sentiasa menjadi ingatan buatku dalam doa-doaku..semoga anakmu ini akan menjadi anak yang solehah yang menjadi bekal untukmu disana..amin..ayah..tenanglah dikau disana.. aku akan sentiasa mengasihimu dengan ingatan doaku..

Pada sahabat2 yang membaca coretan hati ini, jangan pernah sekali terfikir bahawa diri ini ingin menagih simpati dari kalian. Mungkin ya ,diri ini terlalu ingin menagih simpati dengan kalian.menagih simpati supaya kalian sayangilah ayah dan ibu saat mereka masih ada di dunia..peluk ciumlah mereka sebelum terlambat. Janganlah menjadi sekecewa diri ini yang terlalu ingin untuk memeluk seorang ayah,ingin  mencium tangannya,mencium wajahnya,memeluknya dan takkan melepaskan dia pergi lagi..tapi ,itu hanya anganan..diri ini memohon supaya kalian sekurang-kurangnya pandanglah wajah seorang ayah. Amati wajah mereka. Walau kalian berasa seorang ayah terlalu teruk, maka lihatlah sesuatu yang baik darinya.janganlah terlepas pandang sehingga kalian menyesal kelak.peganglah tangannya.ciumlah tangannya.mintalah maaf darinya..juga seorang ibu yang luhur hatinya.cubalah…………kerana seorang ayah biasanya akan kelihatan ego dihadapan anaknya.tidak melihat anaknya.tapi, sedarkah kalian seorang lelaki bernama ayah juga adalah manusia.yang mempunyai hati..bagi yang jua tidak mempunyai ayah atau ibu,maka berdoalah yang terbaik buat mereka disana.ditempat dimana kita kita akan pergi..seorang ayah,yang kelihatan keras di luar, tapi lembut di dalam.yang Nampak benci di luar, tapi sayang di didalam..kerana itulah HATI SEORANG AYAH…yang luar biasa..

No comments:

Post a Comment